berita

[VIDEO] Bawa Mak Lepak Sekali Dengan Kawan-Kawan, Semua Automatik Jadi Budak Baik

October 28th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Umum tahu, kerajaan telah memberi kelonggaran kepada individu yang lengkap dua dos vaksin untuk dine-in di restoran. Baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang pemuda membawa ibunya ketika sedang lepak bersama kawan-kawannya.

Mak khusyuk makan, kawan main game

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang lelaki dikenali sebagai HahaJiem di TikTok, memaparkan gelagat seorang pemuda yang membawa ibunya lepak bersama dengan kawan-kawannya di sebuah kedai makan.

Di dalam video berkenaan turut kelihatan ibunya sedang khusyuk makan manakala rakan-rakannya yang lain rancak bermain game di telefon masing-masing.

Ibu lapar betul.

Video berdurasi 7 saat itu meraih lebih 1.7 juta tontonan dan mendapat lebih 249 ribu tanda suka.

Bawa ibu lepak dengan kawan

@jiemrvibu lapau noh? ##fyp? duhaiiii – ?

‘Mesti tak ada yang berani mencarut’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji pemuda berkenaan kerana membawa ibunya sekali ketika lepak bersama kawan. Malah ada juga di antara mereka yang mengatakan kawan-kawan pemuda tersebut pasti berkelakuan baik ketika itu.

Sumber : HahaJiem

SKIP THIS AD ×