Seorang wanita yang kelihatan dalam resah mahu cepat pulang ke rumah membuat keputusan untuk memberi pengajaran ‘berharga’ kepada pemilik kereta yang menghalang laluannya. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah di Bangsar, semalam.
Video tindakan beraninya viral di laman Twitter semalam dan mendapat ribuan perkongsian.
Orang ramai tepuk tangan atas tindakan berani
this lady smashing her car into a car who double parked in front of her is the funniest thing i’ve seen all week.
check out the thread to see what she wrote on a paper she put on the car. pic.twitter.com/5nVOtORtF9
— Chris Chew (@chrischew_) April 3, 2019
Wanita itu dirakam cuba mengundur kereta dipandunya namun terhalang dengan sebuah kereta lain yang diparkir betul-betul dibelakang keretanya. Dalam usaha untuk keluar, wanita berkenaan dilihat beberapa kali merempuh kereta dibelakangnya.
Siap tinggal ‘nota cinta’
what she wrote on the other car ? pic.twitter.com/X7pB5EGQSV
— Chris Chew (@chrischew_) April 3, 2019
Turut kelihatan di dalam video adalah nota yang ditinggalkan wanita terbabit iaitu, ‘You f*cking idiot, I have a child at home’ (Bodoh, aku ada anak kat rumah). Lucunya, pemilik kereta yang menghalang laluan itu ada meninggalkan kad dengan ayat ‘Call me at:’, namun ruangan nombor telefon terbiar kosong.
Side mirror pun jadi mangsa!
oh yeah she also knocked the glass out of the side mirrors pic.twitter.com/buyV6OaAtE
— Chris Chew (@chrischew_) April 3, 2019
Sebelum berjaya sepenuhnya keluar dari tapak parkir, wanita dalam lingkungan 40-an itu sempat mengepakkan cermin sisi kereta dibelakangnya sebelum beredar. Tindakan itu disambut dengan tepukan orang awam yang berada di tempat kejadian.
Sumber: Chris Chew