Meskipun sedang berdepan dengan konflik rumah tangga, namun pelakon Beego memilih untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Linda Hashim Dakwa Beego ‘Hilang’? – ‘Nak Harap Bapaknya, Tak Nak Ambil Tahu Pun Pasal Anak-Anak’

Artikel Berkaitan: Beego Cabar Linda Hashim Tunjuk Bukti Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga

Sertai tabligh

@azreekamarulzaman88

Alhamdulillah, gaji takkan pernah cukup sebab makhluk yang bagi. Tapi rezeki pasti sentiasa cukup sebab Allah yang bagi. . #rehlah #masjidterapung #beego #alhamdulillah

♬ Sedih menyentuh hati – Yuda Pratama

Menerusi perkongsian di TikTok, Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah dilihat sedang berada di jeti Pulau Perhentian, Terengganu.

Aktor berusia 45 tahun itu juga dipercayai sedang mengikuti kumpulan tabligh bersama rakan-rakannya.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sayu melihat wajah Beego yang kelihatan penuh kesedihan.

Dalam masa yang sama, mereka mendoakan agar urusan Beego dipermudahkan.

Alhamdulillah, semoga Beego dapat keberkatan dalam mencari sinar kemuliaan hidup.

Nampak muka Beego penuh dengan kesedihan, moga diberikan keceriaan semula.

Alhamdulillah Beego, kisah hidup sebelum ini tinggalkan sebagai satu pengalaman. Kembalilah kepada sebenar-benar kehidupan kerana itulah matlamat kita di muka bumi ini.

Rezeki Beego, Allah pilih untuk semakin dekat denganNya.

Sumber: TikTok