berita

[VIDEO] ‘Beggin’ Stacy Bertaraf Antarabangsa, Confirm Ulang Banyak Kali!

August 3rd, 2021 | by Amirul Asraf
Video Popular

Nama penyanyi, Stacy kembali mencuri perhatian ramai apabila dia melakukan cover lagu ‘Beggin’ nyanyian Maneskin di Youtube. Kelunakan suara dan gaya Stacy ketika menyanyikan lagu tersebut ternyata memukau ribuan penonton.

Lagu pilihan penonton

RNRCOUSTIC merupakan content Akustik dimana talent akan membawa lagu yang telah dipilih oleh penonton, dengan cara VOTE antara dua lagu diberi di Instagram Story (Poll) RNR. Vote tertinggi akan terpilih untuk talent menyanyi sebagai cabaran mereka masing-masing.

Menerusi Youtube Rhythm & Rhyme Entertainment, setiap bulan mereka akan memilih seorang artis untuk menyertai ‘content‘ akustik tersebut. Stacy merupakan penyanyi yang diundang untuk segmen bulan Julai. Menurut Rhythm & Rhyme Entertainment, lagu yang dinyanyikan oleh Stacy itu merupakan lagu pilihan para penonton. Ini kerana, mereka telah memberi dua lagu pilihan buat para penonton ketika sesi mengundi di Instagram Story.

Seperti semua sedia maklum, Stacy seorang yang bertenaga dan lincah ketika melakukan persembahan. Meskipun lagu ‘Beggin’ diubah secara akustik, cara penyampaian Stacy ternyata memukau ribuan penonton yang melihat video tersebut.

Dah boleh pergi ‘international

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan kagum melihat cara Stacy menyanyikan lagu tersebut. Ujar netizen, sebutan Stacy sangat jelas dan mereka mahu penyanyi tersebut menghasilkan lagu Bahasa Inggeris lebih banyak selepas ini. Tambah netizen, gaya Stacy sudah sama seperti penyanyi antarabangsa.

Sumber: Rhythm & Rhyme Entertainment

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×