Gambar sekadar hiasan
Seorang gadis mendedahkan bekas bapa tirinya telah memaksa melakukan hubungan intim untuk membalas jasanya.
Artikel Berkaitan: Mahkamah Kekalkan Hukuman Lelaki Durjana, Rogol Anak Tiri 105 Kali – ‘Bapa Jenis Apa Ini? Sekali Pun Tak Boleh Dimaafkan!’
Artikel Berkaitan: Warga Emas Berkerusi Roda & Anak Tiri Didakwa Bergilir Rogol Remaja 15 Tahun
Dipaksa buat seks oral
@mingguanwanita Apa yang paling menakutkan telah terjadi pada gadis remaja ini apabila BAPA TIRI yang dianggap sebagai pelindung telah meragut kehormatannya. Tragedi ini memberi memori luka selamanya… Video Penuh : https://youtu.be/56KbHwk0LWw?si=xy6_Al7vZbFjivgA #ceritadalamkain #mingguanwanita
Menerusi temu bual bersama Mingguan Wanita, remaja tersebut berkata, bekas bapa tirinya itu telah mempelawa dia untuk pergi bercuti bersama keluarga.
Namun, setibanya mereka di sana didapati tiada seorang pun ahli keluarga bekas bapa tirinya datang.
Sewaktu saya berusia 18 tahun, ia berlaku. Dia cakap dengan saya dia nak bawa saya pergi bercuti tapi dengan keluarga dia sekali.
Sampai di sana, dia kata yang lain tak jadi datang. Saya tak syak apa-apa.
Lelaki itu kemudian mengambil kesempatan tersebut dengan meminta remaja itu untuk melakukan hubungan terlarang.
Dekat hotel selepas makan malam, dia panggil saya untuk minta tolong. Lepas itu, dia minta saya lakukan seks oral pada dia.
Saya terkejut dan bertanya padanya, ‘kenapa sampai macam ini?’
Gadis malang itu berkata, bapa tirinya telah memaksa untuk melakukan perkara tersebut sebagai balasan atas jasa-jasanya terdahulu.
Dia kata, ini sebagai balasan untuk jasa dia. Dia selalu bawa saya jalan-jalan, bagi saya duit tiap-tiap bulan.
Selepas itu dia terus tarik tangan saya dan paksa saya untuk lakukan (seks oral).
Tragedi tersebut telah menyebabkan gadis itu buntu, trauma dan berada di dalam ketakutan.
Saya tak tahu nak buat apa, saya terlalu takut ketika itu. Nak beritahu mak saya pun..saya takut mak saya marah saya.
Saya beritahu dekat ibu saudara dan dia maklumkan kepada mak saya.
Sumber: Mingguan Wanita