Pada penghujung tahun lalu, pelawak Chot mengakui sudah bertunang dengan seorang wanita yang juga kakak kepada penyanyi wanita terkenal.
Dulu bahagia, sekarang tak
Terbaru, bekas isteri iaitu Siti Zafirul Azzah memuat naik hantaran memberi ucapan tahniah kepada Chot dan pasangan, Zurina Badron.
Menerusi kapsyen yang ditulis di Instagram (IG), Zafirul menarik nafas lega apabila segala persoalan akhirnya terjawab.
Zafirul sempat menyelit dengan mengingatkan Chot, 33, untuk tidak mengabaikan nafkah anak kandungnya meskipun sudah mempunyai anak tiri.
Beribu ribu tahniah Hazmeer dan Zurina Badron. Semoga bahagia di atas air mata orang lain. Perasaan anak langsung tak hiraukan.
Ada anak instant (segera) jangan lupa. Jenguk anak bin sendiri. Selepas ini nafkah anak jangan lupa pula.
Cukup berapa lama pendam
Sementara itu, di hantaran berbeza, Zafirul mendakwa rumah tangganya berantakan disebabkan kewujudan orang ketiga.
Katanya, dia tidak akan memaafkan individu yang sudah menganiaya dirinya dan anak lelaki, Ahmed Sher Hayyaz Hazmeer.
Sumber: Instagram