berita

[VIDEO] Bekas Suami Dituduh Tak Jaga Anak, Ini Respon Anim Ezati – ‘Daddy Khalsom Ada..’

December 8th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Pengacara terkenal, Anim Ezati membuka mulut menjelaskan persoalan netizen yang sering mendakwa bekas suaminya, Fadli Sahuddin tidak menjalankan tanggungjawab membesarkan anak mereka, Yara Alanna Khalsom.

‘Bekas suami jalankan tanggungjawab dengan baik’

Menerusi perkongsian video di TikTok, Anim atau nama sebenarnya Anim Ezati Rizki Mohd Khalid berkata, pada awalnya dia enggan mengambil kisah berhubung spekulasi tersebut namun terpaksa menjelaskan perkara sebenar kerana tidak mahu orang ramai menyalah anggap.

Ada yang komen kenapa bapa Khalsom (bekas suami) tidak ambil port. Ramai je yang tanya kenapa tak ada penglibatan bekas suami dalam hal anak. Ramai yang beranggapan macam tu. Benda ni macam tak best lah.

Mula-mula saya malas nak beri keterangan tapi lama kelamaan ia melibatkan cara kita besarkan anak dan pihak lain juga.

Pengacara berusia 31 tahun itu juga akui bahawa dia kerap memuat naik di media sosial momen dia bersama Khalsom tetapi itu tidak bermakna, bekas suaminya itu tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa.

Walhal, bekas suami menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam membesarkan Khalsom Alhamdulillah. Memang dalam kebanyakan video ada saya dan Khalsom sahaja sebab itu cerita kami, perjalanan kami dua beranak.

Itu sahaja, bukan nak bercerita saya terpaling struggle besarkan anak seorang diri. Daddy Khalsom ada, jalankan tanggungjawab dengan baik. Kita doakan itu berkekalan.

Dalam pada itu, Anim berharap agar orang ramai tidak lagi membuat sebarang spekulasi melibatkan tanggungjawab bekas suaminya dalam membesarkan anak.

Penjelasan Anim

@animezati Replying to @rahmatkadir077 ? original sound – Anim Ezati

Sumber: Anim Izzati

SKIP THIS AD ×