![[VIDEO] ‘Belum Cukup Scammer Nak Tipu Saya’ – Azza Elite Berlakon Histeria ‘Kenakan’ Penipu](https://asset.ohbulan.com/2025/07/azza-elite.jpg)
Penyanyi dan pelakon, Azza Elite berkongsi momen dirinya menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang dipercayai scammer.
Artikel Berkaitan: Azza Elite Respon Netizen Persoal Make Up Tebal Susah Solat – ‘Kami Buang & Pakai Balik, Kalau Ada Show Sembahyang Dulu’
Artikel Berkaitan: Azza Elite Seronok Berniaga, Tak Kisah Netizen Cakap Dah Sendu & Terpaksa Cari Duit Sara Keluarga
‘Scammer ni belum cukup scammer nak scam saya’
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Azza atau nama lengkapnya Noor Azzarima Zawari, 48, dilihat sedang ‘mengenakan’ scammer tersebut dipercayai cuba menipunya menerusi panggilan telefon.
Di awal tadi dia nk scam kata dari TNG so hati hati semua.
Scammer ni belum cukup scammer nak scam saya. Saya ni saiko tau, saya boleh berlakon gila histeria semua. Kau pekak tak tadi? padan muka. Minta maaf lah ya akak tak boleh tekanan kalau tertekan saya histeria.
Menurut Azza, tindakannya adalah untuk memberi ‘pengajaran’ kepada individu itu agar berhenti daripada melakukan perkara tidak bertanggungjawab dan menganiaya orang lain.
Saya harap bila kau dengar pekikan aku tadi maka kau insaflah ya scammer. Kitanya pelakon tau boleh bawa watak macam-macam.
Hari tu tu saya mengaji tapi kali ni kita bagi yang lain sikit mengikut tekanan hidup.
Dalam pada itu, anggota kumpulan Elite ini turut menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada.
Ini cara saya memberikan kesedaran pada kita semua.
Hati hati okay, jangan bagi apa apa yang scammer minta. Hilang duit nanti.
Sumber: Instagram Azza Elite




![[VIDEO] Tutup Salun Demi 40 Warga Emas, Diva M Anggap Amal Saham Akhirat](https://asset.ohbulan.com/2026/08/DIVA-M-2.jpg)

