![[VIDEO] Ben Ladin Umum Isteri Kini Berbadan Dua – ‘Daddy & Mummy Tak Sabar Nak Jumpa Kamu’](https://media.ohbulan.com/2025/03/ben-ladin-986.jpg)
Penyanyi rap, Ben Ladin mengumumkan dia dan isteri bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.
Artikel Berkaitan: Ben Ladin Akhirnya ‘Buka Mulut’ Pasal Perkahwinan, Pilih Untuk Rahsia Sampai Dah Sah Jadi Suami Isteri
Artikel Berkaitan: Tular Foto Perkahwinan, Ben Ladin Selamat Bergelar Suami Kepada Shida
Isteri hamil
@mohd_benladin11 Tahun ni raya dia tawakal sebab baju raya mcm makin tak muat 🥹 @Annasyida Daddy & Mummy tak sabar nak jumpa kamu 👶🏻❤️ #benladin #annasyida #benanna
Berita gembira tersebut dimaklumkan oleh Ben menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di TikTok.
Menurut Ben atau nama sebenarnya Muhammad Benladin Munshi Shaihan, isterinya Anna Syida sering melakukan ujian kehamilan sebelum ini sehinggalah disahkan hamil pada penghujung tahun lalu.
Saya memang cakap nak ada anak terus tak payah merancang. Tapi beberapa bulan selepas kahwin Anna kerap periksa tapi belum ada rezeki.
Kata Anna, dia tak nak periksa lagi, nanti sudah tiba masa Allah bagi rezeki mungkin dia nak bagi pada waktu yang tepat.
Selepas dia cakap macam tu, dia kerap demam, makin tak sihat dan makin kurus sampai hilang berat badan yang ketara.
Tapi kuasa Allah tiada tandingan. Isteri sangat positif, apa yang dia cakap memang betul.
Alami alahan
Dalam pada itu, pelantun lagu Hikayat Benladin tersebut turut berkongsi perubahan fizikal dan alahan yang dialami oleh isterinya.
Dia sangat tak suka dengan bau saya dan tak boleh bau dapur tapi tetap nak masak. Shooting dan review pun dia sudah mula tolak.
Masa awal-awal ramai yang tegur Anna muka kusam sampai nak ke mana pun dia pakai topeng.
Hadirnya malaikat kecil dalam rahim seorang isteri yang sentiasa ada untuk suami macam Ben. Daddy dan mummy tak sabar nak jumpa kamu.
Terdahulu, berita perkahwinan Ben disahkan oleh seorang wanita yang dipercayai ibu saudara kepada pengantin perempuan yang dikenali sebagai Hamidah menerusi hantaran di Facebook pada 8 Julai lalu.
Menurut Hamidah, dia menghadiri persandingan anak saudaranya dengan Ben namun tidak menyatakan tarikh sebenar perkahwinan mereka.
Sumber: TikTok Ben Ladin