berita

[VIDEO] Bengang Adik Skandal Dengan Suami Sendiri, Kakak Serang Di Tempat Temuduga

September 13th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Tak dapat digambarkan betapa hancurnya hati seorang isteri apabila mendapat tahu suami tercinta menjalinkan hubungan dengan adik kandungnya sendiri. Berang dengan kecurangan suaminya itu, seorang wanita bertindak ‘menyerang’ adiknya ketika menghadiri temuduga kerja.

Dakwa adiknya jalin hubungan dengan suami sendiri

Isteri merosakkan temuduga pekerjaan adiknya setelah mengetahui dia tidur dengan suaminya.

Video yang tular itu memaparkan aksi wanita tersebut yang tidak dapat menahan amarah lalu memukul adiknya sehingga jatuh. Turut kelihatan wanita berkenaan menarik rambut adiknya sambil meninggikan suara kepada penemuduga tersebut.

Sehubungan itu, video berkenaan mendapat perhatian netizen dan ada juga di antara mereka yang meragui sama ada adiknya bakal ditawarkan pekerjaan tersebut setelah kekecohan yang berlaku.

Video berdurasi 29 saat itu meraih sebanyak empat juta tontonan dan mendapat lebih 10 ribu retweets.

Kakak ‘serang’ adik

Sumber : 59dallas

SKIP THIS AD ×