berita

[VIDEO] Berak Depan Rumah, Wanita Pukul Kucing Bunting Guna Besi Sampai Mati

December 30th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Kucing merupakan salah satu haiwan peliharaan yang paling popular dan disayangi ramai. Telatahnya yang jinak dan comel sememangnya mampu mencairkan hati setiap pencinta kucing.

Namun lain pula kisahnya pada kali ini apabila seorang wanita tergamak memukul dua ekor kucing hanya kerana haiwan itu membuang najis di hadapan rumahnya. Lebih menyedihkan apabila salah seekor kucing yang sedang bunting itu telah dipukul hingga mati.

Pukul kucing bunting

Berdasarkan laporan yang dipetik daripada Sinar Harian, seorang wanita berusia yang berusia 51 tahun tergamak memukul dua ekor kucing menggunakan besi. Kejadian tidak berperikemanusiaan yang berlaku di salah sebuah flat di Seberang Prai, Pulau Pinang itu disedari oleh salah seorang penduduk di kawasan berkenaan.

Pengadu melihat wanita itu masuk ke dalam kereta dan mengambil sebatang besi sebelum memukul dua ekor kucing itu. Lelaki berkenaan melihat wanita itu merungut disebabkan haiwan berkenaan membuang najis di hadapan rumahnya.

Seekor lagi cedera di mulut


Lelaki terbabit yang tidak berpuas hati dengan tindakan suspek kemudian segera melaporkan kepada Jabatan Veterinar. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, selepas menerima laporan, beberapa pegawai Jabatan Veterinar dan pegawai kebajikan haiwan bergegas ke lokasi kejadian.

Hasil daripada pemeriksaan mendapati seekor kucing yang bunting telah pun mati dan seekor lagi mengalami kecederaan pada bahagian mulut akibat dipukul dengan besi. Sementara itu, kes ini disiasat mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan suspek juga telah dikenakan tindakan oleh Jabatan Veterinar.

Sumber: Sinar Harian, Sheikh Al Arjan

SKIP THIS AD ×