berita

[VIDEO] Berang Laluan Motor Selalu ‘Banjir’, Lelaki Lepaskan Anak-Anak Ikan, Anjur Pertandingan Memancing

September 30th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Isu laluan motosikal rosak dan tidak diselia dengan sebaiknya bukanlah perkara baharu di Malaysia. Malah, penunggang motosikal rela disaman pihak polis apabila menggunakan laluan utama daripada membahayakan diri sendiri.

Terbaru, seorang penunggang motosikal kongsi keadaan di laluan motosikal yang banjir dimasuki air. Ada yang mendakwa perkara itu sudah berlanjutan sehingga 3 bulan lamanya.

Lepaskan ikan di laluan motosikal

Kita berada di Federal Highway. Hari ini kita akan lepaskan ikan. Membiaklah sebanyak-banyaknya. Suatu hari nanti mungkin boleh jadi tempat pelancongan. Boleh datang memancing kat sini.

Tapi ingat jangan memancing sebelum tempoh 4 bulan okay. Janji jangan mancing dalam tempoh itu. Mari kita beraktiviti disini.

Video berdurasi lebih kurang 2 minit itu memaparkan aksi seorang lelaki melepaskan anak-anak ikan di kawasan air bertakung. Antara ikan yang dilepaskan adalah ikan puyu, ikan kap, ikan haruan dan ikan talapia. Lelaki itu sempat berseloroh untuk adakan pertandingan memancing di laluan motosikal itu.

Orang ramai terhibur dengan tindakan lelaki tersebut yang dilihat sengaja ‘memerli’ pihak berkuasa. Walau bagaimanapun, ada juga yang tidak bersetuju kerana bimbang ikan terbunuh jika air sudah surut.

Kalah bandaraya Jepun

Kesian kat ikan

Sumber : Majalah Kapcai TV

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×