berita

[VIDEO] Berdarah Hidung Kena Tumbuk Dengan AJK Taman

June 25th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Akibat perselisihan faham antara dua pihak, seorang lelaki cedera di muka apabila ditumbuk seorang lelaki yang dikatakan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Taman Rambai Utama, Melaka. Memetik laporan Sinar Harian, pergaduhan tercetus di Medan Selera Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) taman berkenaan.

AJK tak benarkan meniaga

https://www.facebook.com/awannano.nano.3538/videos/pcb.2612780358962791/736289570454181/?type=3&theater&ifg=1

Lelaki itu dikatakan tidak membenarkan peniaga pasar malam berniaga di kawasan berkenaan selagi tiada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh pihak persatuan taman.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, pihak polis telah menahan individu berusia 56 tahun dan peniaga lelaki berusia 33 tahun di Jalan Kota Melaka. Siasatan awal mendapati pergaduhan tercetus akibat perselisihan faham selepas AJK taman tersebut tidak membenarkan mereka meniaga di kawasan itu selagi tiada SOP yang ditetapkan oleh pihak taman.

Keluarkan kata-kata lucah

https://www.facebook.com/awannano.nano.3538/videos/pcb.2612780358962791/736289513787520/?type=3&theater&ifg=1

Kemudian berlaku pertengkaran di antara ibu peniaga dan lelaki itu. Peniaga itu juga tidak berpuas hati kerana mendakwa lelaki berkenaan menyebut perkataan lucah kepada isterinya sebelum berlaku pergelutan di antara mereka berdua.

Kes disiasat di bawah Seksyen 160 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan

Selepas itu, timbul dakwaan mengatakan bahawa AJK taman itu mengeluarkan kata-kata kesat dan berbaur lucah kepada isteri peniaga itu. Oleh sebab tidak berpuas hati, pergelutan antara dua lelaki berkenaan berlaku.

Pihak polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima aduan orang awam. Kedua-dua mereka mengalami kecederaan ringan.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×