berita

[VIDEO] Beri Penjelasan Mengenai Vaksin Dalam Loghat Kelantan, Sabri Yunus Berjaya Buka Pemikiran Masyarakat

May 27th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Malaysia, masih ramai yang keliru berkenaan fungsi sebenar vaksin COVID-19. Malah, ada yang berpendapat bahawa vaksin itu boleh menyembuhkan COVID-19. Walhal sebenarnya fungsi vaksin bukan untuk mencegah atau merawat jangkitan tetapi untuk mengurangkan kadar risiko yang dialami jika dijangkiti wabak berkenaan.

Di Facebook, pelakon, Sabri Yunus memberi kesedaran tentang fungsi vaksin dalam dialek Kelantan.

Agar mudah difahami

Assalamualaikum, nak cerita ni. Jangan fikir vaksin ni ubat. Kalau vaksin ubat, dah lama kerajaan cucuk dekat mereka yang berada di hospital .Vaksin ni untuk ketahanan diri dan perlu ambil. Sesetengah orang kata kerajaan tipu, lepas vaksin tak boleh pergi mana-mana. Bukan, kerajaan tak tipu dan vaksin ni untuk daya tahan badan kita. Jangan fikir bebas bila dah ambil vaksin, kalau nak kena, kena juga. Vaksin ni pelindung.

Menurut Sabri Yunus, dia ingin memberi penjelasan kepada semua rakyat Malaysia berkenaan vaksin khususnya mereka yang berada di Kelantan. Jelas Sabri, dia turut memberikan contoh agar masyarakat di luar sana faham apa fungsinya pengambilan vaksin dalam situasi pandemik ini.

Semoga keluarga di Kelantan faham

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji inisiatif yang dilakukan oleh Sabri Yunus dalam menyampaikan ilmu berkaitan vaksin kepada orang ramai. Dalam pada itu, ramai juga yang berkongsi pengalaman menghadapi kesukaran dalam menggalakkan ibu bapa dan keluarga mereka untuk mengambil vaksin.

Terdahulu, media melaporkan hampir 10 ribu penduduk di Kelantan yang berusia 60 tahun ke atas dikesan gagal hadir menerima suntikan vaksin. Difahamkan, rata-rata daripada mereke mempunyai masalah kesihatan selain menunda tarikh suntikan. Di samping itu, ada juga yang gagal hadir kerana mempunyai masalah peribadi dan tidak kurang ramai yang tidak memberi sebarang alasan kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Sumber: Sabri Yunus

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×