![[VIDEO] ‘Berkahwin Dengan Awak Adalah Keputusan Terbaik’ – Afifah Nasir](https://asset.ohbulan.com/2025/09/afifah-nasir-5.jpg)
Pelakon Afifah Nasir akui keputusan untuk berumah tangga dengan suaminya, Syed Hariz adalah tindakan yang tidak disesali.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Afifah Nasir Umum Hamil Anak Pertama – ‘Kini Bab Baru Bermula’
Artikel Berkaitan: Afifah Nasir Selamat Bersalin, Nama Syed Armand Mateen Jadi Pilihan
Suami terbaik
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Nur Afifah Nasir, 32, meluahkan rasa syukur atas kehadiran suaminya yang memudahkan urusan sepanjang berbadan dua sehingga hari bersalin.
Ujarnya lanjut, pengalaman bersalin untuk pertama kali sangat menakutkan namun, Syed Hariz banyak memberi sokongan secara fizikal dan emosi.
Keputusan yang terbaik saya pernah buat dalam hidup adalah bersetuju untuk mengahwini awak.
Dan bahagian terbaik tentang berkahwin dengan seseorang dalam usia perkahwinan yang masih awal adalah saya dapat mengenali sisi baru awak setiap hari, dan saya bertambah sayang.
Dari momen saya disahkan mengandung sehingga melahirkan, awak sentiasa ada bersama saya melalui setiap langkah, setiap appointment, setiap detik ketakutan dan kegembiraan.
Saya tak pernah dimasukkan ke hospital sebelum ini, jadi pengalaman bersalin memang menakutkan.
Tapi saya berjaya harunginya kerana awak ada di sisi saya, secara fizikal dan emosi.
Suami hargai isteri

Dalam pada itu, adik kepada pelakon Anzalna Nasir turut berkongsi layanan yang diterima daripada suami selepas selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka.
Keterujaan awak untuk bertemu dengan anak kita, awak tak pernah berhenti bertanya khabar saya, semua itu menunjukkan betapa dalamnya kasih sayang awak pada saya dan anak.
Menghampiri tarikh kelahiran, bila awak kata nak bawa saya keluar dating setiap hari macam dulu-dulu, hati saya cair lagi sekali.
Awak adalah sahabat baik saya, tempat selamat saya, cinta saya selama-lamanya.
Insya-Allah, amin. Terima kasih kerana mencipta kita.
Untuk rekod, Afifah dan Syed Hariz mendirikan rumah tangga pada 5 Mei lalu selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan.
Pada Ahad lalu, pasangan ini selamat menimang cahaya mata lelaki yang diberi nama Syed Armand Mateen.
Sumber: TikTok @afifahnasir_93








