Seorang tentera di Indonesia tular di media sosial apabila dia bertindak menghalau ibu mentuanya sendiri dari rumah. Pertelingkahan berkenaan dipercayai berlaku disebabkan masalah keluarga.
Halau ibu mentua dari rumah
Tentera lelaki berkenaan dilihat bertikam lidah bersama ibu mentuanya yang berada di kerusi roda ketika itu sebelum bertindak menghalau wanita berkenaan keluar daripada rumah tersebut.
Dalam pada itu, si isteri yang merakam video berkenaan dikatakan turut mendapat layanan yang tidak baik daripada suaminya.
Walau bagaimanapun, pihak tentera sedang melakukan siasatan ke atas tentera berkenaan bagi mengenalpasti punca sebenar pertelingkahan yang berlaku itu.
Tampil mohon maaf
Menerusi laporan Detik News, tentera berkenaan telah tampil untuk memohon maaf atas perbuatannya kerana mengusir ibu mentuanya dari rumah dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama seperti itu.
Maafkan saya mak.
Ibu mentuanya sudah memaafkan dirinya dan menasihatkan agar tidak mengulangi perkara tersebut. Susulan daripada kejadian berkenaan, ibu kepada tentera terbabit turut menasihatkan anaknya juga.
Jangan buat lagi ya anak ku. Aku yang lahirkan kamu yang membesarkan kamu. Sifat kamu berubah. Kami sayang kamu.
Video penuh :
Sumber : Detik News, Liputan6