berita

[VIDEO] Bertumbuk Sebab Perempuan, 6 Lelaki Kena Tahan

June 20th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Viral di media sosial baru-baru ini berkenaan pergaduhan antara sekumpulan lelaki yang berlaku di perkarangan restoran makanan segera di Sungai Isap, Kuantan Pahang. Menerusi Harian Metro, dua penuntut institusi pengajian tinggi ditumbuk dan ditendang pada jam 12 tengah malam. Tindakan pantas pihak polis berdasarkan laporan yang telah dibuat berjaya menahan enam suspek utama berhubung kejadian.

6 suspek telah ditahan

Video berdurasi 26 saat itu memaparkan aksi pergaduhan antara dua kumpulan yang bertumbuk dan menendang antara satu sama lain.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, kesemua suspek yang berusia 19 dan 20 tahun itu ditahan dalam tangkapan yang berasingan antara jam 4.50 petang hingga 6.45 petang.

Terdahulu tiga suspek lelaki ditahan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada 4.50 petang dan merampas satu telefon pintar.

Dua lagi suspek kemudian ditahan di lokasi sama pada 6 petang sebelum seorang lagi ditangkap 45 minit kemudian selepas hadir ke IPD Kuantan untuk diambil keterangan.

Gaduh kerana wanita

Salah seorang daripada mangsa dikatakan dihubungi bapa saudara bekas tunangnya untuk berjumpa sebelum mereka dipukul sehingga mengalami kecederaan di bahagian muka, kepala dan badan.

Mohamad Noor turut berkata, siasatan awal pihaknya mendapati motif tercetusnya insiden itu disebabkan perselisihan faham kerana wanita. Dia berkata semua suspek tidak memiliki rekod jenayah dan kini direman mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×