Pelawak terkenal Tauke Jambu sekali lagi menarik perhatian netizen apabila dia didakwa telah selamat bernikah dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Shu.
Tauke Jambu dah kahwin lain?
Menerusi beberapa video yang telah dimuat naik di TikTok, kelihatan Tauke menggayakan baju melayu berwarna putih lengkap bersamping dipercayai berada di masjid. Turut kelihatan seorang wanita berbaju serta bertudung putih seperti baru sahaja selesai bernikah.
Di dalam video yang lain turut kelihatan kawan rapat kepada wanita berkenaan mengucapkan tahniah atas perkahwinan kawannya itu.
Tahniah Shu. Semoga awak bahagia. Berakhir sudah perjuangan. Saya harap awak jadi isteri yang baik disamping suami pilihan awak.
Walau bagaimanapun, masih tiada sebarang penjelasan dari pihak Tauke berhubung isu berkenaan.
‘Semoga kekal bahagia’
@piddyys Semoga kekal bahagia ?#fyp? ? Buah Jadi Permadani Cover – ns78_officiall
@shakirzuf Hmmm da nikah dah ? #shumel #teamshu ? Bilang Pa Mama Mantu Remix – Wallzz.19
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut apabila mendapat tahu bahawa Tauke berkahwin sekali lagi. Malah ada juga di antara mereka mempersoalkan bilangan perkahwinan pelawak berkenaan. Bukan itu sahaja, ada yang mendakwa ianya sekadar ‘gimik’ memandangkan wanita yang dikenali ‘Shu’ itu pernah muncul dalam video prank kekasih curang di Youtube sebelum ini.