Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah memberikan respon terhadap dakwaan yang mengatakan suaminya, Ijoy Azahari tidak bekerja.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mereka Cakap, Mak Kau Tak Ajar Ke?’ – Sharifah Shahirah Nasihat Odah Jangan Gaduh Dengan Netizen

Artikel Berkaitan: “Tak Sangka Keluarga Saya Menjadi Tumpuan” – Sharifah Shahira & Anak-Anak Kini Di Kaca TV!

Ijoy bekerja

Menerusi perkongsian di podcast Too Pretty To Handle, Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera, 52, menepis dakwaan tersebut dengan menegaskan bahawa Ijoy melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga dengan baik terutama hal berkaitan anak-anak mereka.

Memang ada orang kata Ijoy tak kerja. Kerjalah, kerja dia menyenangkan hati aku.

Dia yang uruskan dan beri sokongan pada keluarga. Saya perlukan suami yang menyokong anak-anak daripada belakang.

Bila saya tak larat, saya akan suruh Ijoy uruskan anak-anak.

Menurut Shiera, suaminya memiliki premis makanan sendiri yang menjadi antara sumber pendapatannya selain kerjaya dalam bidang lakonan. Namun, Shiera mendedahkan Ijoy sering kali menerima tawaran bayaran lakonan yang sangat rendah.

Ijoy ada gerai makan. Kalau dapat tawaran berlakon pun ditawar RM500. Bukan dia tak mahu berlakon.

Kalau saya buat reviu di Instagram, lebih daripada itu saya boleh dapat. RM500 nak suruh orang berlakon.

Persepsi orang

Walau bagaimanapun, pelakon filem Buli itu sama sekali tidak ambil pusing dengan tanggapan negatif segelintir individu terhadap dirinya serta keluarga, malah percaya bahawa Ijoy telah memainkan peranan yang terbaik sebagai suami dan bapa.

Saya jadi malas, biarlah orang tengok kita tak ada apa-apa, anggap kita miskin. Saya dah tak kisah.

Kalau orang cakap lelaki kena buat itu ini, saya tak boleh buat apa. Saya tahu Ijoy sudah cuba yang terbaik.

Saya tak boleh buktikan kepada semua untuk jadi yang terbaik. Ijoy ada kelebihan lain, dalam buruk dia ada baiknya juga.

Kita semua ada rezeki dan cara masing-masing.

Untuk info, Shiera mendirikan rumah tangga bersama Ijoy pada 2003. Mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu, Airel, 22, Airra, 19, Audra, 17 dan Adeena, 10.

Sebelum itu, Shiera pernah berkahwin dengan penyanyi, Jatt Ali dan memiliki seorang anak perempuan, Tallisya, 28.

Sumber: Too Pretty To Handle Podcast