berita

Video : BigBang Alive Galaxy Tour Malaysia 2012, Malam Tadi

October 28th, 2012 | by M
Video Popular

Lebih 15 000 peminat tak berganjak walaupun ditimpa hujan seawal jam 8 malam demi menyaksikan kemunculan kumpulan K-pop bertaraf dunia, BigBang sempena konsert ‘Bigbang Alive Galaxy Tour’ di Stadium Merdeka, lewat malam tadi.

Konsert yang berlangsung selama 2 jam setengah ini menyaksikan 4 anggota BigBang yang terdiri G-Dragon, T.O.P, Taeyang, Daesung dan Seungri menyampaikan lebih 20 buah lagu hit termasuk daripada album terbaru seperti Monster, Blue, Bad Boy, Fantastic Baby & Still Alive.

Pentas berskala besar yang menelan kos lebih RM3 juta ini turut dilengkapi dengan visual serta sistem bunyi yang mantap memberikan satu pengalaman yang amat bermakna buat kumpulan peminat BigBang yang digelarkan sebagai VIP.

Sepanjang berlangsungnya konsert, peminat dilihat tak putus-putus memberikan sorakan dan teriak terhadap BigBang, dan lebih unik sekali apabila peminat dilengkapkan oleh penganjur dengan lampu kecil memberikan satu pemandangan lautan cahaya yang begitu indah sekali.

Persembahan BigBang dilihat sebagai satu persembahan bertaraf dunia yang amat jarang sekali boleh dinikmati oleh penduduk Malaysia, terutamanya dengan sikap profesional mereka di atas pentas walaupun ditimpa dengan hujan. Masalah seperti lantai licin tak menjadi masalah buat mereka walaupun sesekali ada di antara mereka yang hampir tergelincir.

BigBang menambat hati peminat apabila mengungkapkan kata-kata seperti “Saya Cinta Kamu, ‘Terima Kasih’, dan ‘Kamu Macho’, sekaligus membangkitkan suasana yang amat mengilakan!

Secara keseluruhan, setiap sen yang dibayar oleh peminat amat berbaloi kerana BigBang benar-benar menghargai para peminat apabila menutup konsert dengan persembahan encore yang menakjubkan. Apatah lagi, mereka turut membaling beberapa barangan peribadi milik mereka kepada peminat yang bertuah.

Apa yang pasti, siapa yang tak pergi tengok konsert BigBang, memang menyesal seumur hidup!

Kepada yang terlepas, mari saksikan rakaman video amatur daripada peminat BigBang, Bernard Hah, selepas ini.

Video

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.