berita

[VIDEO] Bila Lelaki Main Bola Jaring, Dah Macam Wrestling!

December 1st, 2019 | by Shira
Video Popular

Sukan bola jaring merupakan salah satu permainan yang dianggap popular dalam kalangan kaum wanita di Malaysia terutamanya bagi pelajar perempuan di sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab dan institut pengajian tinggi. Walaupun sukan ini dimonopoli oleh kaum hawa, tetapi kaum adam juga tidak ketinggalan untuk cuba menunjukkan bakat dan ‘beraksi’ dalam permainan bola jaring ini.

Terbaru, seorang pengguna Twitter, Najwa ada berkongsi video gelagat tenaga pengajar di Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) sedang beraksi dalam pertandingan bola jaring yang diadakan di insitusi tersebut. Gelagat dan telatah yang ditunjukkan oleh sekumpulan pensyarah lelaki ini betul-betul mencuit hati netizen.

Macam main rugby, wrestling

Menerusi video yang dikongsikan gadis ini, dilihat para pensyarah sedang bersemangat beraksi di padang tersebut sambil mengejar bola yang ada di tangan pasukan lawan sehingga menyebabkan tiang gol yang berada di hujung padang itu terjatuh.

Tidak cukup dengan itu, mereka masih tidak berputus asa dilihat cuba menyelamatkan pasukan masing-masing dengan menunjukkan skills merebut bola sampai ada yang ‘wrestling’ di atas padang tersebut.

Bila bapak-bapak beraksi

Video tersebut berjaya menarik perhatian netizen dengan rata-ratanya terhibur dengan gelagat dan telatah yang ditunjukkan oleh pensyarah-pensyarah ini.

Malah, tidak kurang juga ada di antara mereka yang memberikan komen lucu selepas melihat ‘aksi hebat’ mereka ini bermain bola jaring,

Sumber: Najwa