Pakar reka bentuk dalaman, Amin Yussoff menasihatkan agar umat Islam merujuk kepada tujuh perkara yang disebut dalam al-Quran berkenaan susun atur ruang sebelum membina rumah.

Artikel Berkaitan: Ubai Mz Impi Bina Rumah Kampung Dengan Laman Luas – ‘Tak Sabar Nak Tunggu Loan Rumah & Kereta Habis Bayar’

Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Kagum Bibik Tudung Bina Rumah, Hasil Kerja 15 Tahun

Rujuk al-Quran

Menerusi perkongsian di Tiktok, Tuan Amin berkata sekiranya panduan yang ditetapkan dalam al-Quran tidak diikuti maka yang terbina hanyalah sebuah bangunan tanpa keberkatan.

Yang pertama, kena pastikan rumah jadi tempat yang sakan. Dalam Islam sakan merujuk kepada ketenangan.

Yang kedua, ada hijab ruang antara tetamu dan keluarga. Maksudnya, privasi dalam Islam sangat penting. Dari pintu utama tidak boleh terus nampak dapur atau bilik tidur.

Itu bukan konsep gaya moden tetapi kurang adab ruang.

Dalam pada itu, Amin yang juga berpengalaman lebih 15 tahun dalam industri reka bentuk berkata sebagai umat Islam kita perlu mengutamakan arah kiblat dengan memastikan ia ditentukan dengan jelas sebelum menyusun perabot dan kelengkapan lain.

Pencahayaan yang baik

Selain itu, Amin berkata sebaik-baiknya rumah juga perlu mempunyai pencahayaan yang baik kerana dalam Islam rumah yang gelap dan tertutup tidak membawa rahmat.

Yang kelima, pisahkan antara ruang basah dan kering termasuk dapur dan tandas. Ini bukan sekadar gaya tetapi kebersihan dalam Islam.

Yang keenam adalah ruang tengah keluarga yang merupakan pusat dalam rumah, sama ada dijadikan ruang tamu atau sebagainya.

Yang terakhir adalah sederhana dalam hiasan.

Sumber: TikTok