![[VIDEO] ‘Bonda Dah Maklumkan Tidak Mahu Gambar Dimuat Naik Di Media Sosial’ – Aliff Syukri](https://media.ohbulan.com/2025/04/aliff-syukri-2.jpg)

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri tampil menjelaskan kisah benar berkenaan konflik yang terjadi antara isterinya, Datin Seri Shahida dan pelakon, Rebecca Nur Al-Islam, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bekas Suami Bonda Rozita Buka Puasa Bersama Keluarga Aliff Syukri, Netizen Puji Masih Kekal Ukhuwah – ‘Mesti Dia Seorang Ayah & Datuk Tiri Yang Baik’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shahida Enggan Ulas Dakwaan Bonda Rozita Berkahwin Semula – ‘Biar Tuan Badan Jawab Sendiri’
Tak mahu gambar di upload online

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman, 38, menceritakan perihal keluarganya itu ketika melakukan siaran langsung (live) di TikTok.
Jelas Aliff, sebelum ini ibunya, Bonda Rozita Ibrahim sudah memaklumkan bahawa dia tidak mahu gambarnya bersama suami baru iaitu abang kepada Rebecca dimuat naik di media sosial.
Bonda sebenarnya dah maklumkan yang dia tidak mahu gambar dan video mengenai pernikahannya dimuat naik dalam media sosial sebab Bonda tak selesa.
Adik pula umur 15 tahun dan mereka tidak tahu apa-apa. Suami Bonda dan Bonda tidak salah dalam isu ini.
Bila benda ini terjadi netizen asyik tanya semasa kami buat live.
Jadi isteri saya geram dan dia pun cerita tapi bukan menghina sampai tahap mengaibkan individu itu.
Menurut Aliff, sebagai seorang anak dia menghormati keputusan ibunya demi adik-beradiknya yang lain.
Kata Aliff, dalam isu tersebut dia tidak membela perbuatan isterinya namun memahami sebab dia bertindak sedemikian.
Kalau boleh kita menghormati pengantin baru yang sudah ada anak kecil dan cucu.
Apa pun yang berlaku, adik-beradik selalu kongsi dengan saya. Saya tak bela isteri saya dan saya pun dah cakap dengan dia jangan bercakap.
Tapi isteri saya pun geram bila tengok adik saya menangis dan netizen asyik komen pasal isu itu. Cuma isteri saya kata jangan mencapap itu sahaja.
Terdahulu, Rebecca tampil menjawab dakwaan mengatakan dirinya mahu menumpang populariti perkahwinan abangnya bersama Bonda apabila sering memuat naik gambar dan video mereka bersama.
Rebecca turut memperdengarkan rakaman suara seorang wanita yang membangkitkan isu tersebut dan dipercayai suara tersebut adalah milik isteri Aliff iaitu Shahida.
Sumber: TikTok








