Usahawan terkenal Rozita Ibrahim bersyukur dikurniakan anak lelaki yang baik seperti Datuk Aliff Syukri yang sentiasa menemaninya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rozita Ibrahim Tak Sanggup Cerita Keburukan Bekas Suami – ‘Itu Prinsip Saya, Anak Sendiri Pun Tak Tahu’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bonda Rozita Nafi Dakwaan Tak Bayar Kontraktor Rumah Mewah Di London – ‘Saya Tak Pernah Lari’

Aliff anak yang baik

Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Rozita atau lebih mesra disapa Bonda Rozita berkongsi momen bersama Aliff Syukri semasa di usia mudanya.

Menurut Bonda Rozita, dia menyifatkan Aliff Syukri sebagai hiburan dikala dirinya dalam kesedihan.

Saya gembira sebab Allah bagi nikmat dapat anak sebaik Aliff Syukri.

Masa saya muda, saya tidak bertudung. Bila saya sedih, dia lah hiburan.

Bila dah tua, saya sangat mengharapkan anak lelaki yang boleh jadi ayah kepada semua anak-anak saya.

Dulu saya keluar dengan Syukri, dia akan cakap saya isteri dia.

Lebihkan menantu

Berkongsi lebih lanjut, Aliff Syukri mendedahkan bahawa Bonda Rozita sentiasa mendahului menantu.

Mak saya lebihkan menantu.

Saya selalu gaduh dengan mak saya sebab dia selalu menangkan menantu.

Tak kisah belah adik ke abang ipar. Semua menantu saja yang betul.

Sumber: TikTok @Anakabah