![[VIDEO] ‘Bonda Rozita Tak Suka, Tapi Layan Je Anak Nak Makan Apa’](https://asset.ohbulan.com/2025/06/bonda-rozita-dua.jpg)
Gelagat usahawan terkenal, Rozita Ibrahim yang mengikuti anaknya mencari makanan ‘moden’ di sebuah pusat membeli-belah mencuit hati warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rozita Ibrahim Tak Sanggup Cerita Keburukan Bekas Suami – ‘Itu Prinsip Saya, Anak Sendiri Pun Tak Tahu’
Artikel Berkaitan: Rozita Ibrahim Dedah Telah Berkahwin Baru, Kongsi Foto Dengan Suami Di Makkah
Tak makan makanan moden

Menerusi perkongsian di TikTok, ia memaparkan Rozita atau lebih mesra disapa Bonda Rozita melayani anaknya, Maryam Nur Amani yang teringin mahu makan masakan Korea.
Bonda Rozita berkata dia tidak pandai untuk menikmati makanan jenis moden kerana sudah terbiasa dengan masakan Melayu.
Dalam pada itu, Bonda Rozita turut berseloroh menyatakan makanan yang menjadi pilihan anak-anaknya merupakan makanan ‘maksiat’ yang memberi penyakit.
Ramen itu apa? Saya tidak tahu makanan moden.
Saya cuma tahu ikan lunak, daging salai dan kuih koci sahaja.
Walaupun ibu kepada usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri itu menyatakan dia tidak makan makanan jenis moden namun dia tetap melayani karenah Maryam.
Komen warganet



Sumber: TikTok








