![[VIDEO] ‘Bonding’ Johan & Anak Sulung Raih Perhatian, Netizen ‘Salute’ Cara Didikan – ‘Susah Anak Lelaki Nak Rapat Dengan Ayah’](https://asset.ohbulan.com/2025/12/johan-3.jpg)
Isteri kepada pelawak dan usahawan, Johan iaitu Ozlyn Wati berkongsi momen ‘bonding’ bersama anak sulungnya, Ahmad Ariq.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Johan Enggan Disoal Di Akhirat, Ajak Pembantu Rumah Jemaah Sekali – ‘Kerja Jalan, Quran Jangan Lupa’
Artikel Berkaitan: Johan Sedia Kongsi Ilmu Bisnes ‘Vending Machine’, Bantu Budak Universiti Cari Makan Waktu Lapar
Bonding dengan anak lelaki
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Johan dilihat meluangkan masa bersama Ariq sejurus pulang dari Kedah.
Momen berdurasi hampir seminit itu menyorot perhatian dengan keadaan pelawak berusia 41 tahun yang memberi nasihat sambil dipeluk anak sulungnya.
Balik dari Kedah haritu perkara pertama, jemaah bersama dan sesi luahan.
Dalam ramai-ramai anak, Ariq paling mengada sekali. Nak tidur bawah ketiak papa.
Nasib baik tak dengan saya. Saya rimas sebab dah penat layan kerenah masing-masing dalam rumah.
Papa dia saja lah layan mereka begini.
Hubungan anak beranak




Menjengah ke ruangan komen, rakan selebriti dilihat turut sebak melihat momen Johan bersama Ariq. Selain itu, warganet turut memuji cara didikan yang diberikan kepada anak-anak.
Sumber: Instagram @jozlynnhanania








