berita

[VIDEO] Buang Air Besar Sebelum Sembunyikan Najis Bawah Peti Sejuk, Jijik!

August 26th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Perbuatan seorang lelaki membuang air besar di lantai sebuah pasar raya di Karasu Turki mengundang rasa jijik orang ramai. Paling meloyakan apabila lelaki tersebut dilihat menyembunyikan najis di bawah peti sejuk.

Menerusi laporan Daily Star, lelaki yang tidak diketahui identiti itu dilihat membongkokkan badan ke hadapan sebelum bergerak ke kaunter.

Buang najis bawah peti sejuk

https://youtu.be/EPDX9iMRJLY

Kejadian ini sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebelum dikongsi di media sosial. Menerusi video rakaman berdurasi 01:04 saat itu, lelaki tersebut dilihat telah membuang air besar di dalam seluarnya dan membiarkan najis itu bertaburan di atas lantai pasar raya tersebut. Dia kemudian meninggalkan najis tersebut di belakangnya.

Pura-pura tiada apa yang berlaku

Sebelum membuat bayaran, lelaki ini dikatakan telah cuba menyembunyikan najis itu dengan menyeret ke bawah peti sejuk berdekatan. Bagaimanapun, tindakannya itu membuatkan keadaan lantai pasar raya itu semakin kotor .

Pekerja di pasar raya itu ada bertanyakan kepada lelaki berkenaan tentang najis tersebut namun dia ‘berlakon’ seolah-olah tidak tahu apa-apa tentangnya.

Individu tersebut kemudiannya membayar barangannya di kaunter sebelum meninggalkan pasar raya itu.

Sumber: Daily Star, Youtube

SKIP THIS AD ×