berita

[VIDEO] Buang Minuman Boba Tea Atas Jalan, Remaja Ini Dikecam Tak Faham Konsep Sains

September 24th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Jika kita lihat, minuman boba tea semakin menjadi trend pada hari ini sehinggakan ada yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk mendapatkannya. Minuman ini sering menghiasi laman sosial media terutamanya bagi golongan muda meskipun harganya boleh dikatakan agak mahal berbanding minuman lain.

Bagaimanapun perkongsian pengguna Twitter Aqilrasid ini mungkin bakal menjengkelkan rata-rata mereka yang menontonnya apabila melihat tindakan ‘kurang bijak’ dua remaja terhadap minuman boba tea yang dibeli mereka.

Nak bagi kucing minum katanya

Menerusi video berdurasi 01:07 saat itu, dua remaja perempuan tersebut kedengaran dengan sengaja membuang air boba tea yang dibeli ke atas jalan untuk diminum oleh kucing.

Bagaimanapun, sehari selepas air itu dibuang mereka kembali semula ke tempat itu dan melihat boba tersebut masih di situ dan tidak dibersihkan oleh tukang cuci.

Boba mengeras

Namun tanpa diduga, ketika menyentuh boba tersebut mereka mendapati ianya telah mengeras di atas jalan dan tidak mampu dibersihkan oleh tukang cuci.

Bahkan tidak cukup dengan itu, salah seorang daripada remaja perempuan tersebut sempat memberikan ‘nasihat’ kononnya itulah keadaan boba yang berada di dalam perut kita selepas menikmatinya.

Undang kecaman netizen

Ternyata video tersebut mengundang kecaman netizen yang rata-ratanya marah dengan perbuatan mereka membuang boba tersebut di atas jalan, malah lebih teruk mahu memberikannya kepada kucing.

Bukan itu sahaja, netizen turut menyekolahkan remaja itu tentang sifat semulajadi boba tersebut yang akan mengeras apabila terdedah di tempat terbuka.

Sumber: Twitter Aqilrasid

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×