berita

[VIDEO] Buat-Buat Marah Sampai Menangis, ‘Prank’ Birthday Anak Nabila Huda Menjadi

June 3rd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pejam celik pejam celik, dah 11 tahun umur anak dara Nabila Huda iaitu Keisha. Sempena ulang tahun kelahiran Keisha baru-baru ini, Nabila dilihat baru berpeluang untuk menyambut dan memberikan hadiah buat anak tunggalnya itu.

Happy belated birthday

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Benda simple macam ni pun tak boleh buat tau. Mesti nak kena bagi mummy marah. Awak tak fokus eh? Setiap kali semua benda mesti awak tak tahu nak buat apa. Mesti awak akan lembab. Why? Suka buat saya marah-marah tahu tak. Cuba buka ni fokus, saya buka sekejap ja.

Menerusi rakaman video berdurasi 2:19 saat, Nabila dilihat sedang menegur Keisha atas kesilapan remeh yang dilakukan. Lambat membuka sebuah kotak, kanak-kanak ini menjadi terkedu dan menahan untuk menangis setelah ditengking oleh ibunya secara tiba-tiba.

Walau bagaimanapun, Keisha akhirnya menangis apabila melihat sebuah tablet di dalam kotak tersebut. Ternyata, Nabila telah melakukan ‘prank’ terhadap anaknya sempena sambutan ulang tahun kelahiran. Keisha turut merangkul Nabila sebaik sahaja menerima hadiah tersebut.

Kena la marah dulu kan

Happy Belated Birthday my babygirl! Actually early this year kalau tak silap keisha cakap dia nak kumpul duit beli ipad pro sebab dia tahu mummy dia tak akan belikan. Abil pernah cerita before this i memang tak akan spend beli barang untuk keisha kalau dia nak, dia kena usaha. So dia usaha kumpul duit yang dia dapat dari mummy, abi or our family. Dan duit gaji dia everytime dia teman mummy pergi kerja jadi pembantu.

Latest one dia cakap dia dah kumpul dalam tabung RM450. Dia cakap lagi sikit je dah boleh beli. Sikit apa keisha. 2024 baru dapat beli anak ku! haha! I am proud as a mother bila tengok effort dan usaha dia nak kan sesuatu tanpa minta dekat Abil. Tak pernah dia merengek nak something dari kecil. Pastu masa birthday dia hari tu dia kata tahun ni special sebab her birthday on 11 may and she turns 11. Dia nak celebrate dengan mummy but mummy positif covid. I know deep inside her heart dia sedih tapi dia relax je. Then masa kuarantin tu i decided untuk beli online Ipad tu. Whatever makes her happy. Tapi sebelum happy kena la marah dulu kan? Sorry @lilkupukupu, You just got punked!

Menurut Nabila, anaknya Keisha telah meluahkan hasrat untuk membeli Ipad Pro sejak awal tahun ini. Sebagai ibu, Nabila mahu anaknya berusaha sendiri untuk mengumpul wang dan membeli barang tersebut. Jelas Nabila, anaknya  itu memperoleh wang daripada dirinya, suami dan juga keluarga. Malah, Keisha akan menerima wang setiap kali menemaninya ke set penggambaran.

Sumber: Nabila Huda

SKIP THIS AD ×