berita

[VIDEO] Buat Pelajar Kurang Fokus, Ustazah Asma’ Tegur Guru Wanita Pakai Baju Ketat

January 11th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Guru merupakan insan yang penting dalam dunia pendidikan dan dipandang sebagai role model bagi para pelajar di sekolah. Namun, kepentingan dalam menjaga penampilan di hadapan para pelajar juga merupakan perkara yang dipandang serius agar tidak keterlaluan terutamanya guru wanita.

‘Tegur’ cara guru wanita berpakaian

Menerusi sebuah ceramah bertajuk Guru : Antara Kerjaya Dan Keluarga di Facebook, pendakwah bebas iaitu Ustazah Asma’ Harun memberi teguran secara umum kepada para pendidik terutamanya bagi guru wanita.

Di dalam ceramah berkenaan, Ustazah Asma’ sempat meminta maaf terlebih dahulu sebelum dia ‘menegur’ guru wanita mengenai solekan tebal serta cara pemakaian yang kurang sopan sehingga menampakkan tubuh badan.

Guru perlu jadi contoh yang baik buat anak-anak. Minta maaf kalau saya sebut. Saya malu sangat bila pergi ceramah di sekolah-sekolah dan saya tengok pakaian guru perempuan yang sebenarnya menjatuhkan maruah guru itu sendiri.

Buat pelajar kurang fokus

Ujarnya lagi, cara pemakaian bukan sahaja dipandang sebagai tidak ‘elok’ malah ia boleh membuatkan para pelajar kurang fokus dari awal hingga habis sesi pembelajaran kerana terganggu melihat ‘perkara’ yang tidak sepatutnya.

Pakaian guru perempuan kita hari ini macam model dengan pakai ketat, sendat, tudung pun sama. Tudung singkat nampak jelas bahagian dadanya. Kalau berjalan tu nampak pula bentuk pinggul punggungnya dengan bersolek sakannya.

Lepas tu kan saya beri ceramah pada anak-anak murid, saya baca komen-komen nakal pelajar lelaki kalau pergi ceramah di sekolah menengah, anak murid mengatakan yang mereka terganggu. Cikgu yang mengajar itu pula berpakaian menjolok mata.

Dalam pada itu, Ustazah Asma’ menyatakan para guru perlu patuh dalam etika pemakaian yang mematuhi syariah Islam yang ditetapkan.

Saya tak tahu bagaimana proses pendidikan itu dan saya rasa perlu ada Guru Besar, Cikgu yang bertegas dengan etika pemakaian guru. Kadang-kadang ustazah pun seksi juga. Minta maaf ya untuk para guru tapi etika pemakaian di sekolah perlu patuh syariah.

Video penuh :

Sumber : Ustazah Asma’ Harun

SKIP THIS AD ×