berita

[VIDEO] Buat Pembedahan Hidung Di Korea, Lana Nordin Lega Muka Tak Bengkak

October 26th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Tanpa segan silu, pelakon Lana Nordin mendedahkan dia sekali lagi melakukan pembedahan pada bahagian hidungnya.

Artikel Berkaitan: Pernah Kemalangan Masa Bawa Motor RXZ, Lana Nordin Mengaku Dipaksa Buat Hidung – ‘Ada Saja Bersangka Buruk Hati Dah Hitam’

Kongsi keadaan muka

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Lana berkongsi perkembangan diri selepas 15 hari menjalani pembedahan di Seoul, Korea.

Dalam video tersebut, Lana, 42, menyatakan dia tidak mengalami sebarang kesan sampingan malah bengkak di mukanya sudah surut.

Kata pemilik nama Mazlina Hasan Nordin, dia akan membuka balutan di hidungnya dalam masa tujuh hari lagi.

Hi, ini merupakan hari kelima selepas pembedahan, surprisely tak ada bengkak dan lebam di muka. Saya pun dah mula keluar berjalan di Seoul.

Saya tak ada rasa pening dan sakit di bahagian muka. Seperti mana anda lihat, bengkak di muka saya dah hilang, tak ada dah bengkak. Dalam masa tujuh hari lagi akan buka balutan.

Padam video

Walau bagaimanapun, pelakon drama Suamiku Lelaki Pendosa memadam video itu selang beberapa minit dikongsikan.

Namun, Youtube Selebriti Malaysia bertindak pantas memuat naik semula di akaun miliknya.

Sebelum ini, Lana mengakui pernah menjalani pembedahan rhinoplasty bagi membetulkan hidungnya yang patah akibat kemalangan ketika zaman persekolahan.

Sumber: Youtube Selebriti Malaysia

SKIP THIS AD ×