Sepasang kekasih ditahan pihak berkuasa selepas didakwa menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dalam satu kejadian di Brazil pada Sabtu lalu.
Kaki digari, disorok dalam but kereta
Menerusi rakaman kamera televisyen tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan, suspek yang dikenali sebagai Daniel Moraes Bittar dan kekasihnya, Gesielly Souza Vieira mengheret mangsa dalam sebuah beg pakaian sebelum menyembunyikannya di dalam but kereta.
Memetik laporan New York Post, selain kaki digari dan diugut dengan pisau, telefon bimbit mangsa juga dirampas dan dibuang oleh suspek bagi menghapuskan bahan bukti.
Namun, remaja itu tersebut berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa dalam satu operasi pencarian yang dilakukan. Mangsa ditemui di sebuah bilik dalam keadaan digari dan tubuhnya dipenuhi dengan kesan lebam dipercayai akibat serangan seksual.
Dah lama perhati mangsa
Suspek, Daniel Moraes Bittar
Lebih mengejutkan, ruang kediaman itu turut dilengkapi dengan alat peranti kejutan elektrik, kamera serta alat mainan seks. Siasatan awal mendapati, suspek dipercayai sudah lama memerhatikan mangsa sebelum melakukan penculikan tersebut.
Suspek yang mempunyai dua orang anak itu merupakan pekerja di sebuah bank dan sukarelawan di hospital kanak-kanak.
Kedua-duanya berhadapan dengan tuduhan penderaan seksual kanak-kanak bawah umur dan penyeksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun jika didapati bersalah.
Video
Sumber: New York Post, Metro UK