![[VIDEO] Budak 46 Dedah Hidap Retinitis Pigmentosa, Penglihatan Semakin Kabur](https://asset.ohbulan.com/2026/08/budak-46.jpg)
Personaliti media sosial yang terkenal menerusi video tarian gerak perlahan (slow-motion), Budak 46 mendedahkan dirinya menghidap retinitis pigmentosa, iaitu sejenis penyakit mata yang menyebabkan kehilangan penglihatan secara beransur-ansur.
Artikel Berkaitan: Bakat Sebenar Atau Sekadar Viral? 6 Pempengaruh Yang Berjaya Cipta Nama Sebagai Pelakon
Artikel Berkaitan: Rhys Williams Akhiri Perjalanan Sedekad Sebagai Pencipta Kandungan Makanan
Derita penyakit
Menerusi perkongsian di TikTok, Budak 46 atau nama sebenarnya Muhammad Ammarzulkha Helmi berkata, dia pada mulanya hanya mengalami masalah rabun ketika berusia empat tahun sebelum disahkan menghidap retinitis pigmentosa.
Tak silap saya selepas umur 20 tahun, mata mula mengalami silau.
Bila nak keluar dan berjalan, saya kena pakai cermin mata hitam.
Menurutnya, dia sendiri tidak pasti bila keadaan penglihatannya mula merosot, namun individu yang pernah menemuinya sekitar tahun 2020 pasti menyedari perubahan pada matanya.
Saya dapat penyakit ini sebelum berlakunya COVID-19.
Sebelum ini, adiknya yang lebih dikenali Cuna berkongsi keadaan terkini abangnya sehingga menyorot perhatian ramai.
Menurut Cuna, abangnya itu tidak pernah berkongsi mengenai penyakit yang dihadapinya kepada orang ramai.
Pendedahan itu mengundang simpati ramai terhadap Budak 46, malah ada dalam kalangan netizen yang memohon maaf kerana mengakui pernah mengejeknya sebelum ini.
Sumber: TikTok