![[VIDEO] Bukan Butik Mewah Jadi Pilihan, Shahida Selesa Beli Baju Anak-Anak Secara Online – ‘Nampak Mahal Tapi Murah’](https://asset.ohbulan.com/2026/05/shahuda.jpg)
Meskipun bergelar usahawan berjaya dan hidup, Datin Seri Shahida mendedahkan lebih gemar membeli pakaian anak-anaknya menerusi platform dalam talian.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Betul Anak Saya Sakit Macam Itu, Saya Sanggup Dermakan Tulang Sumsum’ – Shahida
Artikel Berkaitan: Shahida Kongsi Jatuh Bangun Dunia Perniagaan – ‘LHDN Puluhan Juta, Akaun Bank Dibekukan’
Beli baju dalam talian
View on Threads
Shahida yang juga isteri kepada usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri berkata faktor utama pemilihan tersebut adalah kerana jauh lebih mudah, menjimatkan masa dan yang paling penting, menjimatkan wang.
Mama (nama panggilan Shahida) ni kalau beli baju anak-anak bukan beli dekat kedai mahal mahal.
Baju anak-anak yang kecil ni memang beli dalam talian saja.
Senang, mudah dan jimat duit. Mama beli sekali banyak.
Tambah Shahida, dia sering membeli pakaian dalam kuantiti yang banyak kerana rambang mata melihat rekaan yang menarik dan mengikut trend terkini.
Baju budak-budak kalau dalam talian ni semua lawa-lawa. Nampak saja mahal tapi murah.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi positif daripada para ibu yang rata-ratanya bersetuju dengan pendekatan Shahida.
Sumber: Threads




![[VIDEO] Haliza Maysuri Turun Merewang Untuk Aqiqah Cucu – ‘Dah La Kaya, Rajin Turun Dapur’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/haliza-maysuri-2.jpg)
![[VIDEO] Capik Lalat Ditegur Pendakwah Bebas, Sifatkan Lelaki Ringan Tangan Sebagai Dayus – ‘Ada Tiga Cara Nabi Ajar’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/capik-lalat.jpg)
