Hantaran penyanyi Datuk Aishah Ariffin meraih perhatian apabila mendendangkan lagu ‘Bukan Lagi Kita’ nyanyian asal Nadeera Zaini.

Artikel Berkaitan: Ditegur Galak Menari, Aishah Selar Netizen – ‘This Is My Job’

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Ikut Hukum Akal, Saya Sudah Lama Jadi Arwah’ – Aishah

Gaya sendiri

@aishahjmm

Bila lagu yang indah dinyanyikan oleh generasi baru, kadang-kadang ia menyentuh hati kita yang lama. #BukanLagiKita #aishah #aishahJMM #aishahjmmofficial #NostalgiaAishah

♬ original sound – Wan Aishah Wan Ariffin – Wan Aishah Wan Ariffin

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Wan Aishah Wan Ariffin, akui gemar dengan beberapa lagu yang dinyanyikan oleh generasi baru.

Pada video berdurasi seminit 24 saat itu, nyanyian pelantun lagu ‘Janji Manis Mu’ meraih pujian dengan teknik nyanyiannya yang tersendiri.

Bila lagu yang indah dinyanyikan oleh generasi baru, kadang-kadang ia menyentuh hati kita yang lama.

Netizen puji

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji suara Aishah yang kekal memukau walau usianya mencecah 60 tahun.

Sumber: TikTok @WanAishahWanAriffin