berita

[VIDEO] Bukan Main Tinggi Lagi ‘Dia’ Lompat..

June 26th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Hobi suka merakam video semasa sedang memandu kereta telah memberi mimpi ngeri pada seorang gadis apabila dia terakam satu entiti mahkluk ghaib tanpa dia sedari. Menerusi Facebook Sarefa Rafidah Amir Hamzah menceritakan pengalaman adiknya yang tidak sedar telah merakam kejadian itu sebelum ditegur oleh rakan.

Melenting bukan main tinggi

https://www.facebook.com/shalihua.lafeida/videos/pcb.2789917234446285/2789916884446320/?type=3&theater

 23 Jun 2020, sekitar jam 10 malam di Jalan Tampok, Rengit. Sebab ramai minta share video dan cerita tu, saya kongsikan disini. Adikku baru dalam perjalanan pulang ke rumah mak ayah. Dia ni ada satu kebiasaan, setiap kali dia drive, dia memang suka record video jalan atau lagu kat radio.

Benda ni memang suddenly happened tanpa pengetahuan dia, means dia tak nampak pun ‘sesuatu’ kat situ, memang saja-saja rekod then posted di Whatsapp status. So malam sampai rumah macam biasa jela borak-borak bagai semua. Sampailah pagi kawan dia tegur, “kau nampak hantu ke” (lebih kurang macam tu la). Then dia tanya kenapa-kenapa bagai, kami pun tengok balik video tu barulah perasan ada sesuatu melenting bukan main tinggi ya.

Adiknya memang terbiasa suka merakam lagu ataupun jalan raya untuk dijadikan status Whatsapp apabila memandu. Namun, keesokan hari, seorang rakan telah menegur adiknya berhubung video tersebut yang memaparkan mahkluk halus yang dipercayai pocong. Selepas diteleti kembali video berkenaan, barulah mereka perasan akan makhluk itu.

Video real bukan edit

https://www.facebook.com/shalihua.lafeida/videos/pcb.2789917234446285/2789917001112975/?type=3&theater

Kalau betul-betul adikku nampak dah tak cukup minyak dia tekan. Nasib baik tak nampak.

So kalau korang nilailah sendiri apa benda tu. Bukan tipu mahupun edit. It’s real video and experience.

Tambahnya lagi, jika semasa kejadian adiknya ternampak makhluk berkenaan dengan matanya sendiri, pasti dia akan panik dan ketakutan. Selain itu, dia menegaskan bahawa video tersebut bukannya di sunting mahupun palsu, video tersebut adalah kejadian yang benar.

Sumber: Sarefa Rafidah Amir Hamzah

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×