![[VIDEO] ‘Bukan Tak Nak Mengaku Tapi Ibu Bapa Saya Tak Ada Darah Melayu’](https://asset.ohbulan.com/2025/06/amerra-khan-1.jpg)
Pempengaruh media sosial, Ameera Khan tampil menjelaskan mengenai latar belakang keturunannya yang sering menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ameera Khan Layak Dapat Lelaki Baik & Saya Ingin Jadi Orang Itu’
Artikel Berkaitan: Jefri Nichol Buat Kejutan, Terbang Ke Kuala Lumpur Demi Pujuk Ameera Khan?
‘Ibu berdarah Arab, bapa pula Pakistan’
Menerusi satu sesi sesi siaran langsung di Instagram pada Ahad, Ameera berkata bahawa dirinya bukan berketurunan Melayu, namun dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia.
Saya bukan tak mahu cakap saya berbangsa Melayu tetapi hakikatnya memang bukan.
Bukan tak mahu mengaku tetapi memang mak pak (ibu bapa) saya tiada darah Melayu.
Sebaliknya menjelaskan bahawa ibunya, Noor Kartini berdarah Arab manakala bapanya, Abdul Halim Khan berketurunan Pakistan.
Bagaimanapun selebriti media sosial itu menegaskan bahawa dia fasih berbahasa Melayu, malah mampu bertutur dalam dialek Kelantan kerana dibesarkan dengan budaya di negara ini.
Ibu saya berdarah Arab, bapa pula Pakistan, tiada darah Melayu. Tapi dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia jadi boleh berbahasa Melayu terutamanya dialek Kelantan.
Adik kepada pelakon dan usahawan Noor Neelofa ini juga mengakui lebih selesa untuk mengakui dirinya sebagai orang Melayu bagi mengelakkan sebarang pertikaian dalam kalangan orang ramai.
Tapi biasanya kalau orang tanya saya Melayu ke? Saya akan jawab ya, sebab jawapan tu senang. Kalau tak, orang akan cakap saya tak sedar diri.
Sumber: TikTok