Pelakon, Nora Danish mengakui bahawa cabaran terbesar sebagai ibu tunggal adalah keletihan menahan emosi, terutamanya apabila perlu kelihatan kuat di hadapan anak.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Dapat Hadapi Ujian Sekarang Dengan Tenang, Mungkin Hasil Amalan Bangun Solat Tahajud’ – Nora Danish

Artikel Berkaitan: ‘Duit Raya Adalah Tanda Berkongsi Kegembiraan, Yang Penting Niat Untuk Bahagiakan Mereka’ – Nora Danish

Perlu kuat

@_puisi.malam_

Replying to @Izzati Norliyana ada kerja atau tidak ujian as single mom ni bukan mudah 🥺 Semoga terus kuat ye sis 🤲🏻 @NoraDanish #noradanish #habisceritapodcast #podcast #singlemomlife #fyp

♬ original sound – Nocturnal poetry ✍🏻 – Nocturnal poetry ✍🏻

Menerusi sebuah podcast bersama Habis Cerita Podcast, pemilik nama Nora Mohd Danish Hanif, 44, mengakui bahawa hakikat sebenar dirinya tidak sentiasa kuat, namun dia terpaksa memaksa diri untuk terus bertahan.

Cabaran saya sebagai seorang ibu tunggal adalah keletihan dalam menahan emosi.

Saya terpaksa tahan emosi sebab nak tunjuk kuat.

Kerana kita sendiri tahu yang kita tidak sekuat itu.

Tapi kena tahan juga.

Demi anak

Dalam masa yang sama, Nora mengakui bahawa antara perkara paling sukar baginya ialah mengawal emosi dan menyembunyikan kesedihan, sehingga dia sering memendam perasaan sendirian di rumah.

Kalau menangis sendirian dekat rumah, saya akan cakap dekat diri saya ‘Aku kuat’

Tambahnya lagi, dia menyembunyikan perasaan sedih tersebut demi anak-anaknya.

Malah sehingga kini anak-anaknya menyangka dia sentiasa berada dalam keadaan baik kerana tidak pernah melihatnya bersedih.

Saya tahan emosi ini supaya nampak kuat untuk anak-anak saya.

Sampai sekarang saya tak rasa yang mereka tahu saya sedih.

Mereka selalu fikir macam belah bapa dia yang lebih sedih.

Bagi mereka, saya okay sahaja.

Ini semua sebab saya tak pernah tunjuk yang saya sedih.

Sumber: TikTok