berita

Video Call Dengan Lelaki Lain, Janda Maut Dibunuh Teman Lelaki Cemburu

March 3rd, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Gara-gara membuat panggilan video bersama lelaki lain, seorang janda di Indonesia dilaporkan maut selepas dipercayai dibunuh oleh teman lelaki sendiri pada Khamis yang lalu (24/2/2022).

Janda maut angkara teman lelaki

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan media tempatan, suspek dikenali sebagai Wendi Hariadi, 25 telah ditahan oleh pihak polis atas dakwaan membunuh teman wanitanya, Sugianti berusia 48 tahun.

Menurut Ketua Polis Labuhan Batu, AKBP Anhar Arlia Rangkuti, suspek dikatakan tidak dapat menerima tindakan teman wanitanya yang membuat panggilan video bersama lelaki lain sebelum bertindak membunuhnya.

Suspek emosi dan cemburu terhadap mangsa kerana mangsa menerima panggilan video daripada lelaki lain di depan matanya.

Bercerita lebih lanjut, kejadian tersebut berlaku di rumah mangsa di Kampung Ulumahuam, Daerah Silangkitang kira-kira jam 12.15 pagi.

Suspek ketika itu bertindak ke rumah mangsa dan dipercayai sudah merancang untuk berbuat demikian.

Cekik mangsa sehingga mati

Sekadar gambar hiasan

Suspek ketika itu didakwa mencekik dan menekup mulut serta hidung mangsa menggunakan bantal sehingga meninggal dunia. Bukan itu sahaja, suspek dipercayai turut membawa lari barangan berharga mangsa iaitu sebuah telefon bimbit.

Dia ditahan di sebuah rumah milik seorang penduduk di kawasan Jalan Torpisang Mata, Geng Rahayu, Kampung Bina Raga, Daerah Rantau Utara.

Jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun atau penjara seumur hidup.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×