berita

Video Call Keluarga, Minta Pesakit Mengucap Kalimah Syahadah ‘Rutin’ Sebelum Pesakit Covid-19 Ditidurkan

June 3rd, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Situasi pandemik di negara kita kian meruncing. Wabak COVID-19 ini bukan sahaja memberi kesan buruk kepada fizikal malah ia juga boleh mengganggu mental serta emosi kita.

Para petugas barisan hadapan masih belum putus asa

Sekadar gambar hiasan

Kini, hampir seluruh dunia sedang bergelut bagi memerangi pandemik COVID-19. Walaupun pelbagai usaha sudah dilaksanakan bagi memutuskan rantaian virus berkenaan, namun para petugas barisan hadapan masih belum berputus asa.

Selain daripada pengorbanan petugas barisan hadapan, kerjasama yang diberikan oleh seluruh rakyat Malaysia dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) juga amat penting pada ketika ini.

Menerusi kisah seorang pesakit COVID-19 yang telah diceritakan sendiri oleh seorang jururawat, Shahrin Sahbudin di Facebook telah mendapat perhatian ramai pihak termasuklah pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Seorang pesakit COVID-19 ‘ditidurkan’ dan dibantu mesin pernafasan

Shahrin telah berkongsikan mengenai saat-saat terakhir seorang pesakitnya yang perlu melalui beberapa prosedur sebelum pesakit berkenaan dikomakan dan pernafasannya bergantung kepada ventilator.

Menurutnya, prosedur yang perlu dilalui oleh pesakit sebelum ‘ditidurkan’ adalah mereka akan meminta pesakit tersebut mengucap dua kalimah syahadah dan bercakap bersama keluarga melalui panggilan video buat kali terakhir.

Seorang pesakit COVID-19 yang ditidurkan dan dibantu oleh mesin pernafasan. Prosedur sebelum ditidurkan, kami akan minta pesakit mengucap dua kalimah syahadah dan bercakap buat kali terakhir melalui video call.

Lebih menyedihkan lagi, mungkin panggil video berkenaan adalah salam terakhir dan merupakan kali terakhir buat mereka bercakap bersama keluarga.

Dan ini adalah perjalanan terakhir salah seorang pesakit COVID-19 aku. Moga ditempatkan bersama para solihin. Pemergian ditemani bukan daripada ahli keluarga sendiri. Mati itu pasti. Daripada Dia kita datang dan kepada Dia juga kita kembali.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

SKIP THIS AD ×