berita

[VIDEO] Cara Buat Kek Batik Milo Simple, Yang Penting Confirm Jadi!

April 16th, 2019 | by Shafika
MyResipi

Kalau sebut sahaja kek batik, pasti ramai terbayang keenakan rasanya yang cukup lemak dan sedap. Tidak hairanlah kalau kek batik sering menjadi pilihan orang.

Nampak simple, tapi masih ada yang tak berjaya membuatnya. Di facebook, wanita ini kongsi resepi Kek Batik Milo confirm jadi! Tak keras dan tak terlalu lembut. Memang terliur betul!

Cukup rasa dan sedap

Saya ni mmg hantu kek batik, macam-macam resepi dah try. Tapi harini nak share resepi kek batik saya dah olah, paling simple, cukup rasa, tak keras sangat, tak lembut sangat, and nak potong pun senang.

Sebab saya pernah wat yang takde letak air langsung, fuhh payah nak potong, sengal gigi makan sebab keras. Tak caya cube buat yang ni..

Resepi kek batik simple dan confirm jadi

Bahan
1 ketul buttercup (250mg)
1 cawan susu pekat manis (xnak manis boleh kurangkan)
1 @ 1/2 cawan air panas untuk bancuh milo
200g milo (peket paling kecil)
25g serbuk koko (botol kecil)
1 peket (300g) biskut marie(apa2 brand,sy guna munchys)

Bancuh milo and serbuk koko ngn air panas..air sikit je tau, nanti kang banyak sangat terus lembik biskut.

Masukkan bancuhan milo dan serbuk koko

Masukkan bancuhan milo dan serbuk koko dalam butter,senang je larut, kalau tak berketul2 jadinya.

Sekejap je dah pekat

Kejap je dah pekat, boleh la tutup api masukkan biskut marie.

Tak keras dan tak lembut

Ha, kang senang tu nak makan..tak keras,tak lembik sgt..cukup rasa.

Sumber : Nurul Insyirah

The following two tabs change content below.