Pelakon Mia Sara Nasuha akhirnya tambil membuka mulut berhubung kemelut yang berlaku antara dirinya dengan aktres Puteri Balqis.

Artikel Berkaitan: ‘Keadaan Dia Biasa Sahaja, Pihak Kami Belum Ada Sebarang Komen Buat Masa Ini’ – Bapa Mia Sara Nasuha

Artikel Berkaitan: ‘Dia Budak Baik, Pandai Cari Rezeki & Tak Kekwat Langsung’ – Siti Jamumall Titip Doa, Kata Semangat Buat Mia Sara Nasuha

Mia Sara di podcast Pak Nil

Menerusi temu bual bersama pengacara Datuk Aznil Hj Nawawi di podcast Kita Kita Aje, pemilik nama lengkapnya Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 21, mengakui bahawa segala kekecohan yang berlaku berpunca daripada kekhilafannya sendiri.

Tak dinafikan, keterlanjurannya dalam berkata-kata telah memberikan persepsi negatif terhadap Puteri Balqis.

Saya tak salahkan dia (Puteri Balqis) sebab bila saya baca balik cara saya tulis pun memang sangat mengundang. 

Ketika itu, isu tersebut sangat besar dan saya tak tahu nak buat apa. 

Jelas Mia, ketika itu dia sudah terdetik untuk tampil memohon maaf secara terbuka bagi menjernihkan suasana. Namun, dihalang oleh bapanya yang bimbang jika kejujurannya akan disalah ertikan oleh pihak luar.

Saya jadi panik dan saya cakap la macam boleh tak saya nak buat permohonan maaf secara terbuka. 

Papa cakap ‘jangan cakap apa-apa, awak tahu apa niat awak, orang putar belit ayat awak, awak tak perlu pertahankan diri’. 

Orang akan gunakan ayat awak untuk putar belit lagi dan ia akan menjadi lebih besar. Jadi, lebih baik berdiam diri.

Bagaimanapun, Mia semakin menjadi serba salah apabila melihat Puteri Balqis memuat naik video permohonan maaf, sedangkan menyedari bahawa dialah punca perselisihan faham berlaku.

Kemudian keesokan harinya, dia buat satu video membuat permohonan maaf kepada saya. 

Saya rasa lebih teruk sebab saya yang tersalah, saya yang cakap saya.

Sumber: Podcast Kita Kita Aje