Pemain badminton perseorangan negara mencuri perhatian apabila membuat kemunculan dalam satu acara pertunjukan fesyen di sebuah pusat membeli-belah pada petang Sabtu.
Artikel Berkaitan: Lee Zii Jia Hadiahkan Raket & ‘Shuttlecock’ Sukan Olimpik Paris 2024, Hairul Azreen Nak Letak Dalam ‘Frame’
Siap bawa pingat Olimpik
Oppa? More like abang Lee Zii Jia ? Thank you for bringing Malaysia’s name to the forefront of the 2024 Paris Olympics! We’re very confident that you’ll bring home the gold in 2028 ???
Lesssgaur!!#Olympics2024 #KitaSemuaTeamMas pic.twitter.com/2yOSfQkUu3
— Fly FM ?? (@FlyFM958) August 17, 2024
Menerusi perkongsian Fly FM di aplikasi X, dapat dilihat Lee Zii Jia melakukan aksi ‘catwalk’ dengan begitu bersahaja sambil memperagakan jaket berwarna biru, kemeja-T putih berserta seluar pendek berwarna hitam sehingga berjaya memukau para penonton yang hadir.
Difahamkan, anak jati Alor Setar, Kedah itu memperagakan koleksi pakaiannya sendiri menerusi kolaborasi bersama jenama alatan badminton terkemuka dunia.
Apa yang mencuri perhatian, pemain ranking nombor enam dunia itu turut sempat mengeluarkan pingat gangsa yang dimenanginya pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 lalu sejurus selepas selesai melakukan aksi ‘catwalk’.
Hantaran tersebut telah menjadi tular dan meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya terkesima melihat ketampanan pemain badminton negara itu.
Komen netizen
Sumber: Aplikasi X Fly FM