![[VIDEO] Ceddy Ang Kesal ‘Influencer’ Pilih Untuk ‘Tidurkan’ Kucing Hidap FIP – ‘Penyakit Ini Sebenarnya Boleh Dirawat’](https://asset.ohbulan.com/2025/12/jDX57VR0-ceddy-1.jpg)
Pempengaruh media sosial Ceddy Ang tampil memberi teguran dan peringatan ekoran personaliti media sosial yang ‘menidurkan’ kucing peliharaannya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ceddy Ang Mohon Tidak Generalisasikan Orang Cina Tak Mandi – ‘Anda Tak Bau, Bukan Bermaksud Orang Lain Tak Bau’
Artikel Berkaitan: Ceddy Tempelak Individu Dakwa Nabila Huda Punca Pergaduhan – ‘Dah Tua Pun Ada Yang B*doh’
Komitmen jaga kucing
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ceddy menegaskan untuk sentiasa berusaha merawat masalah yang dihadapi haiwan peliharaan.
Tambah Ceddy, pemilik haiwan peliharaan bertanggungjawab atas segala kemungkinan yang akan terjadi namun harus memilih jalan yang sepatutnya.
Anda bertanggungjawab atas kebahagiaan dan patah hati di saat anda membawa masuk haiwan peliharaan ke dalam rumah.
Kebanyakan masa kita cakap tentang perkara yang menggembirakan seperti haiwan peliharaan yang comel.
Tapi apa jadi kalau haiwan itu sakit? Ia akan memberi kesan pada kita.
Secara mental dan juga wang ringgit sebab kos rawatan yang mahal.
Tapi jangan lah putus asa bila haiwan peliharaan anda sakit.
Saya tahu penyakit Feline Infectious Peritonitis (FIP) agak merisaukan, tapi tolong lah berusaha sehabis baik.
Dalam pada itu, Ceddy mengingatkan agar berfikir terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk menjadi pemilik haiwan peliharaan.
Penyakit ini sebenarnya boleh dirawat.
Ini adalah perkara yang perlu diingati jika anda mahu miliki haiwan peliharaan. Ianya tidak akan menjadi perjalanan yang mudah.
FIP bukan pengakhiran. Tolong jangan terus mengambil keputusan untuk tidurkan haiwan peliharaan.
Imbas kembali, seorang individu tular apabila memilih untuk menidurkan haiwan kesayangannya selepas didiagnos penyakit Feline Infectious Peritonitis (FIP).
Menurutnya, ia bukan keputusan yang mudah kerana memiliki memori manis bersama kucing peliharaanya yang diberi nama Kibble.
Bagaimanapun, tindakan wanita tersebut menimbulkan kemarahan netizen sehingga menjadi debatan hangat di media sosial yang menganggap keputusannya kurang bijak.
Sumber: TikTok @ceddyang






![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)
