kawan cik b

Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B memaklumkan bahawa dia hanya mempunyai kawan lelaki.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik B Bagi ‘Green Light’ DSV Kahwin Lagi – ‘Tapi Mama Janganlah Buta Kerana Cinta’

Artikel Berkaitan: Sandal Cik B Harga RM3,700 Disangka Hilang, Rupanya Bibik Pakai – ‘Sampai Jadi Macam Ni’

Tak ada kawan perempuan

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Edlynn Zamilleen itu meminta izin kepada ibunya untuk keluar makan bersama teman-temannya.

Vida kemudian meminta rakan-rakan anak perempuannya itu untuk memperkenalkan diri masing-masing.

Paling menarik perhatian adalah apabila gadis berusia 19 tahun tersebut menyatakan bahawa dia tidak mempunyai kawan perempuan.

Mana kawan perempuan Cik B?

No girlfriend, just boyfriends.

Rakan-rakan Cik B terdiri daripada pelbagai bangsa dan difahamkan persahabatan mereka bermula sejak zaman persekolahan lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji Cik B kerana pandai memilih kawan selain yakin persahabatan mereka akan memberi kelebihan kepadanya terutama di dalam bisnes.

Kawan-kawan Cik B semua lain-lain bangsa, terbaiklah! Ini mesti semua kaki gamer.

Kawan Cik B tak mengenal batas bangsa dan gender, terbaik Cik B.

Bagus Cik B, pandai cari circle. Biar pandai bercampur baru senang bisnes.

Ini semua akan jadi circle bisnes Cik B nanti, awal-awal kena bina good networking.

Best kawan dengan lelaki, kurang drama.

Sumber: TikTok Qu Puteh