![[VIDEO] Cik B & Kacak ‘Surprise’ DSV, Majlis Hari Jadi Bertema Lanun Cecah RM80,000](https://asset.ohbulan.com/2025/10/cik-b-vida.jpg)
Personaliti media sosial, Cik B dan Kacak membuat kejutan sempena ulang tahun kelahiran ibu tercinta, Datuk Seri Vida yang ke-54 tahun.
Artikel Berkaitan: Cik B Sarung Jubah Graduasi, Syukur Terima Anugerah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Jamumall Sebak DSV Hadiahkan Dua Utas Gelang Emas Untuk Anak – ‘MasyaAllah Rezeki Adik’
Tema lanun
Menerusi perkongsian di TikTok, majlis sambutan ulang tahun kelahiran Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, berlangsung dengan tema lanun.
Difahamkan, Vida tidak pernah menyambut ulang tahun kelahirannya sekali gus menjadikan kejutan ini sambutan yang pertama kali dalam hidupnya.
Anak anak mama yang hebat.
Saya memang tak pernah sambut birthday.
Sambutan ulang tahun kelahiran pertama daripada Cik B dan Kacak.
Selain itu, Vida turut memaklumkan bahawa Cik B atau nama sebenarnya, Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, membelanjakan sebanyak RM80,000 untuk keseluruhan majlis kejutan ulang tahun kelahirannya.
Anak hargai ibu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha Cik B dan Kacak yang menghargai pengorbanan ibu mereka. Selain itu, warganet turut mendoakan agar Vida sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dimurahkan rezeki.
Sumber: TikTok @empayardatoserividaborneo