![[VIDEO] Cik Epal ‘Reward’ Diri Beli Kereta Bernilai RM1.79 Juta – ‘Alhamdulillah Rezeki Allah’](https://media.ohbulan.com/2025/03/cik-epal.jpg)

Perkongsian terbaharu pempengaruh terkenal, Cik Epal di Instagram menyorot perhatian warganet selepas dilihat bergambar dengan kereta baru yang dipercayai miliknya.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Offer Cik Epal Ambil Anak-Anak Tapi Dah 7 Hari, Dia Tak Muncul Walau Sesaat’ – Jofliam
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Han, Yuki..Mama Ni’ – Cik Epal Jerit Depan Rumah Jofliam Panggil Anak-Anak, Dakwa Dah 3 Bulan Dihalang Berjumpa?
Reward diri

Menerusi hantaran tersebut, pemilik nama Murni Mahmud meluahkan rasa syukur selepas dapat memiliki kereta mewah yang dipercayai jenama Mercedes Benz G-Class yang bernilai sekitar RM1.79 juta.
Kata Cik Epal, kereta tersebut dibeli sebagai ganjaran kepada dirinya yang sudah kuat menempuh dugaan.
Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi dapat beli kereta raya.
Lebih baik beli kereta reward untuk diri sendiri daripada bagi kereta dekat orang tapi dikhianati dan tidak dihargai.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi perasaan gembira apabila melihat usahawan itu mencapai sebuah lagi kejayaan dalam hidupnya.
Komen netizen

Sumber: Instagram








