berita

[VIDEO] Cikgu Sebak Pelajar Khas Sampaikan Niat Untuk Tariknya Ke Syurga Sekali

November 7th, 2017 | by Wan
Kini Trending

Selain ibu-bapa, guru merupakan tunjang utama dalam melahirkan kejayaan para pelajar. Tanpa mengenal erti penat lelah, mereka terus-menerus menabur bakti mendidik anak bangsa. Wajar bagi kita sebagai pelajar untuk mengingati segala budi dan jasa yang ditaburkan para guru hanya untuk melihat kita berjaya.

Semalam menandakan hari pertama peperiksaan Sijil Pertengahan Malaysia (SPM). Pada kebiasaannya, sebelum sesuatu peperikasaan besar bermula, para pelajar akan memohon restu dan maaf daripada guru masing-masing agar perjalanan getir itu dapat ditempuhi dengan baik. Seperti perkongsian seorang guru, Duzaimah Kamarurrin yang tersentuh hati tika murid-murid pendidikan khas sekolahnya datang memohon restu dan maaf sebelum SPM bermula.

Mereka datang tanpa dijangka

https://www.facebook.com/duzaimah74/videos/1764638413555277/

Menerusi perkongsiannya, Puan Duzaimah berkata pada waktu itu dia sebenarnya sedang mempersiap diri untuk merakam video latihan lagu kod tangan untuk para pelajar pendidikan khas pekak apabila dua orang pelajarnya, Anas dan Faiz  datang memohon maaf.

Dalam video berdurasi 7 minit itu,  Anas dan Faiz dilihat meminta gurunya itu memaafkan kesalahan serta menghalalkan segala ilmu yang diberi sepanjang berada di bawah didikannya. Yang paling sebak, sehingga menyentuh Puan Duzaimah sendiri adalah apabila Faiz menggunakan bahasa isyarat, menyampaikan hasratnya untuk menarik gurunya itu sekali ke syurga di akhirat kelak.

‘Saya nak tarik cikgu sekali ke syurga’

Kata-katanya itu bukan sahaja menyentuh perasaan Puan Duzaimah, malah warga netizen dengan hampir 7 ribu perkongsian yang rata-rata menitiskan air mata serta kagum mendengar luahan ikhlas kedua pelajar itu. Walaupun dilahirkan dengan kekurangan, namun sifat mereka sungguh terpuji.

Kami di OhBulan! mendoakan kejayaan Anas dan Faiz untuk lakukan terbaik, yang lain biar Allah saja tentukan.

Sumber: Duzaimah Kamarurrin

SKIP THIS AD ×