![[VIDEO] ‘Co-Parenting’ Bersama Kamal Adli Terima Reaksi Positif, Uqasha Senrose Akui Masih Belajar Jadi Ibu – ‘Apa Saja Yang Terbaik Saya Ikut’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/befunky_2026-7-3_8-36-51.jpg)
Pelakon Uqasha Senrose, menjalinkan hubungan baik dengan bekas suaminya yang juga aktor, Kamal Adli demi tanggungjawab terhadap anak mereka iaitu, Hawra Uqaira.
Artikel Berkaitan: Uqasha Senrose Tak Tahu Kamal Adli Titip Ucapan Hari Lahir – ‘Atas Ingatan Dia Pada Saya, Itu Sahaja’
Artikel Berkaitan: ‘Happy Birthday Uqasha Senrose, Semoga Diberi Kebahagiaan Oleh Allah & Menjadi Ibu Terbaik’- Kamal Adli
Co-parenting bersama Kamal

Ketika ditemui OhBulan!, Uqasha atau nama lengkapnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 34, berkata, dia bersyukur kerana hubungan tersebut terjalin adalah sebagai salah satu proses untuk dirinya dan Kamal membesarkan anak mereka.
Saya tak cakap diri saya ni baik, saya anggap ini hanya proses untuk kami sebagai ibu bapa kepada Uqaira. Alhamdulillah, selepas apa yang terjadi kami berhubung atas dasar anak.
Dia (Kamal) tidak pernah merumitkan saya dan saya juga tidak pernah menyusahkan dia kerana apa saja untuk Uqaira kami cuba menjadi ibu bapa yang terbaik.
Uqasha berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama terbaharunya terbitan iQIYI, Madu Atau Racun yang berlangsung di A Quiet Place, Bukit Bintang pada Selasa.
Dalam pada itu, Uqasha mengakui masih di dalam fasa untuk belajar menjadi seorang ibu dan akan memastikan yang terbaik untuk puterinya.
Apa sahaja yang terbaik saya ikut kerana saya pun baru berpengalaman menjadi seorang ibu.
Saya pun baru nak rasa menjaga anak, tahu perasaan seorang ibu itu bagaimana. Jadi kalau itu yang terbaik untuk anak saya, saya ikut.
Saya tidak mahu kecoh-kecoh, biarlah perkara itu menjadi antara saya dan anak saya. Kalau dia (Kamal) nak kongsikan terpulang kepada dia.
Terdahulu, Kamal berterima kasih kepada Uqasha kerana memberikannya peluang untuk meluangkan masa bersama Uqaira. Perkongsian tersebut kemudian mendapat perhatian ramai yang rata-rata memuji hubungan baik di antara mereka.
Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021, bagaimanapun mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Hawra Uqaira yang kini berusia dua tahun.






