berita

[VIDEO] ‘Cuma Salah Faham’ – Khai Bahar Nafi Mainkan Hati Wanita

March 16th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelantun suara ‘Luluh’, Khai Bahar tampil menjelaskan dakwaan dia mempermainkan hati seorang wanita seperti yang viral di Twitter pada bulan lalu.

Cuma salah faham

Menerusi temu bual bersama pihak OhBulan!, Khai Bahar, 29 berkata dia tidak mahu isu tersebut berlarutan dan terus menghubungi individu tersebut sebaik saja mengetahui mengenai ciapan berkenaan.

Saya pun ada hati dan perasaan juga. Tak ada apa pun, cuma salah faham saja. Bila membacanya, saya pun terkejut dan terus hubungi individu yang dikaitkan itu. Saya tanya terus dan selesaikan cara baiklah.

Bila sudah selesai, individu yang ‘tweet’ itu saya tak salah pun. Dia pun padam ciapan mula-mula itu sebab tak nak hal ini dipanjangkan. Ini sebab saya tak ada salah pun dengan orang.

Ujar Khai lagi, dia juga menerima teguran daripada rakan dan keluarga malah akan lebih berhati-hati selepas ini dalam memilih untuk berkawan.

Saya sendiri tuan badan yang tengok hal-hal begini dan rasa bukan salah saya, jenis saya terus cakap dengan orang itu, tanya apa salah saya? Kalau salah saya, saya minta maaf. Kalau bukan salah saya, tolonglah selesai cara baik.

Saya akan lebih berhati-hati selepas ini. Teguran daripada rakan-rakan dan keluarga pun ada saya terima. Jangan terlalu berkata-kata manis sangat dengan orang. Saya pula jenis cepat mesra dengan orang.

Saya bukan memilih orang untuk berkawan, bila jadi macam ini saya rasa bingung. Berterabur sekejap otak sebab tak mungkin saya sekejam itu.

Terdahulu, seorang individu yang dikenali sebagai Syura mendedahkan bahawa Khai meninggalkan hubungan percintaan bersama rakannya tanpa sebarang penjelasan. Namun beberapa jam kemudian, individu tersebut tampil membuat pemohonan maaf kepada Khai.

Khai ditemui pada sidang media majlis berbuka puasa amal bersama Khai Bahar di Hotel Grand Barakah, Kuala Lumpur, pada Selasa lalu.

Video

@ohbulanofficial

Khai Bahar tampil menjelaskan dakwaan dia mempermainkan hati seorang wanita ? #ohbulan #fyp #sembangentertainment #khaibahar #permainkan #hati #wanita

? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×